Saturday, February 7, 2009

Hukum Membawa Alat Berisi Perisian Al-Qur'an ke Tempat Kotor/dalam Keadaan Berhadas

"HP ni mesti tak boleh bawa ke tandas kan...?"

Itu antara banyak2 soalan yang kami terima dari pelanggan, setengah tu bukan bertanya tapi dengan yakin keluarkan statement sebegitu.
Hurmm.. Tak apalah. Kami pasti, soalan ini timbul kerana kesedaran untuk menjaga kemurnian dan kehormatan Kalamullah, dan kami juga pasti pengguna akan meninggalkan telefon bimbit ini di luar tandas selagi boleh...

Tetapi, HP yang dah macam teman yang lebih rapat dari belangkas ni bolehkah selalu ditinggalkan, terutamanya bila ada hal-hal penting?

Perbincangan tentang hukum membawa perisian al-Qur'an/nama2 Allah ke dalam tandas atau semasa berhadas telah dibincangkan para ulamak di beberapa negara, contohnya di Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, penulis tidak pasti kerana cuma pernah terjumpa hukum menggunakan nada dering al-Qur'an. 
Oleh itu, dipetik fatwa dari Pejabat Mufti Brunei Darussalam:

"Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempat-tempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas."

Nah, jelas bukan? Hukumnya adalah HARUS ataupun boleh, dengan syarat tiada sebarang jenis paparan mengandungi ayat al-Qur'an/nama Allah/rasul. Sekiranya berminat membaca perbincangan yang lebih lanjut, sila download "Fatwa Brunei - perisian Qur'an" di dalam widget Box.net di sebelah. Selamat membaca dan menambah ilmu fiqh!

No comments:

Post a Comment