Thursday, February 26, 2009

D818 is in Malaysia

Psssstt.. Have you heard...?

The stock is here already! 
Handphone D818 available dalam 2 warna, putih berseri & hitam stylish.
Malah upgrade berikut telah dibuat:
kamera dari VGA (0.3 MP) kepada 1.3MP, dan; 
memory card Micro SD dari 1GB telah diupgrade ke 2GB

FOURFOLD the clarity of pictures & DOUBLE the storage! 
Harga? naik RM10 aje.. Harga terkini D818 ialah RM390.00

Kami dah pun deliver lebih daripada 30hp dalam 3 hari ni, and more order still to be delivered.
Anda bila pula?

Monday, February 9, 2009

Gerai GLOMIC Services di UIA

Bila? 
Selasa-Jumaat ini  (10-14 Februari 2009), 9pg-5ptg

Di mana? 
HS Business Centre, UIA Gombak (depan Bank Islam)

Apa yang boleh didapati di sana?
- Melihat demo telefon bimbit al-Qur'an
- Membeli stok-stok yang ada
- Membuat tempahan 

*Juga mengambil tempahan bagi Jaket Eksekutif (Hitam / Coklat) serta Pen Pengintip Ekslusif

Saturday, February 7, 2009

Hukum Membawa Alat Berisi Perisian Al-Qur'an ke Tempat Kotor/dalam Keadaan Berhadas

"HP ni mesti tak boleh bawa ke tandas kan...?"

Itu antara banyak2 soalan yang kami terima dari pelanggan, setengah tu bukan bertanya tapi dengan yakin keluarkan statement sebegitu.
Hurmm.. Tak apalah. Kami pasti, soalan ini timbul kerana kesedaran untuk menjaga kemurnian dan kehormatan Kalamullah, dan kami juga pasti pengguna akan meninggalkan telefon bimbit ini di luar tandas selagi boleh...

Tetapi, HP yang dah macam teman yang lebih rapat dari belangkas ni bolehkah selalu ditinggalkan, terutamanya bila ada hal-hal penting?

Perbincangan tentang hukum membawa perisian al-Qur'an/nama2 Allah ke dalam tandas atau semasa berhadas telah dibincangkan para ulamak di beberapa negara, contohnya di Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, penulis tidak pasti kerana cuma pernah terjumpa hukum menggunakan nada dering al-Qur'an. 
Oleh itu, dipetik fatwa dari Pejabat Mufti Brunei Darussalam:

"Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempat-tempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas."

Nah, jelas bukan? Hukumnya adalah HARUS ataupun boleh, dengan syarat tiada sebarang jenis paparan mengandungi ayat al-Qur'an/nama Allah/rasul. Sekiranya berminat membaca perbincangan yang lebih lanjut, sila download "Fatwa Brunei - perisian Qur'an" di dalam widget Box.net di sebelah. Selamat membaca dan menambah ilmu fiqh!

Tempahan Secara Online Bermula Sekarang

Setiap hari kami cuba memikirkan bagaimana untuk memberi khidmat yang lebih bagus kepada para pelanggan. Maklumlah, seperti juga produk kami yang masih baru ni, kami sendiri pun masih baru dalam dunia perniagaan. Insya-Allah perkhidmatan akan diperbaiki dari masa ke semasa dan juga akan berkembang mengikut kemampuan kami.

Baiklah, berbalik kepada perkara sebenar.. 
Mulai hari ini pelanggan boleh membuat tempahan telefon bimbit al-Qur'an secara online. 

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Download "Client's Order Form" dan "T&C handphone" di widget Box.net di sebelah
2. Baca T&C handphone agar anda memahami kontrak jualan secara jelas (oops.. leceh sikit, tapi dalam Islam syarat-syarat 'Aqad [kontrak] sangat penting difahami oleh pembeli)
3. Isi "Client's Order Form" dan penuhi syarat-syarat belian contohnya pembayaran (sekiranya ada)
4. E-mailkan kepada skglomic@gmail.com "Client's Order Form" yang telah diisi.
5. Maklumkan pihak kami pembayaran yang telah dibuat
6. Tempahan anda diproses!

Mudahkan untuk memiliki handphone ini walaupun berada jauh dari agen kami? jom mulakan prosesnya sekarang!

Thursday, February 5, 2009

Ujian buat semua

Salam semua, harapnya dalam keadaan sihat fizikal, mental dan tahap keimanan kita. 
Hari ini ialah hari yang bercampur baur bagi pihak pengurusan GLOMIC, ada berita baik dan berita buruk... Semuanya bertitik tolak daripada perjumpaan dgn supplier yang menguruskan shipment handphone ni..

Kita mulakan dengan berita baik dulu. Insya-Allah akan ada model baru di pasaran Malaysia, tentunya kepelbagaian ni satu berita baik.. sekurang-kurangnya kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan yang kena dengan selera serta keperluan berbeza para pelanggan. Ermm, nantikan promosinya ya!

Skrg, berita yg menyedihkan kami sikit dan kami anggap sebagai ujian. Mana tidaknya, kami telah membuat promosi dan mendapat banyak order tapi dikhabarkan kilang yang membuat telefon bimibit model N72 (yang besar dan nampak macho) berhenti production sekejap atas tujuan maintenance dan penambahbaikan! 
Buat para pelanggan dan agen-agen kami, kami memohon maaf atas kesulitan yang kalian hadapi. 
Buat masa sekarang, supplier tu masih menyimpan dalam 10buah model N72, agen yang telah menerima tempahan dan tidak dapat menangguh/menukar tempahan harap dapat berhubung dengan kami sesegera mungkin.


Walaupun sedih, tapi "rehat" production tu for the greater good. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya:

Maksud ayat 1000 dinar:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaaq : 2-3)